Happy Birthday !
Muhammad Adib Zaidan
Sedapnya makan kek....
Selera tengok anak-anak makan kek. Kali ni tak beli pun birthday kek untuk Adib. Saya tengah rajin sangat nak explore masakan. Baru ni , saya join kelas masakan kek dan roti Kak Lin di kampung. Memang banyak jenis roti (bun) yang kak Lin cover dalam masa setengah hari. Hebat ! Kalau nak join kelas-kelas Kak Lin yang lain, nanti saya share FB kak Lin ni ye. Kelas meroti hari tu ada belajar buat Snowy Cheese Cake tapi disebabkan xda cheddar cheese untuk parut dan atas demand anak-anak nak buat rainbow cake maka terhasillah Rainbow Cheezy Cake.. haha
 |
Rainbow Cheezy Cake |
 |
Birthday Cake Adib
buat-buat pandai saya deco hahahh.. mcm rebana dah |
Kat sini saya share resepi asal Kak Lin untuk Snowy Cheese Cake dulu. Hasilnya macam ni masa masak di kelas dulu. Sememeh la sikit rupa baru belajar kan... 😛 Tapi yang penting jadi lah keknya, boleh dilahap sehingga menjilat jari.
Bahan A
* Pastikan gula aising, tepung semuanya diayak sebelum diadun supaya tiada bendasing dan tekstur bahan tidak berketul.
- 6 biji telur Gred B (kalau guna gred C tambah sebiji lagi telur)
- 100 gram gula aising (guna gula aising supaya kek gebu dan tak berat)
- 100 gram tepung naik sendiri (boleh pakai tepung blue key)
- 60 gram tepung jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla (lebih bagus guna serbuk vanilla)
- 2 sudu besar ovelette
Bahan B
- 75 gram minyak jagung (boleh juga gunakan butter yang telah dicairkan)
Bahan C (Topping)
- 250 gram cream cheese (tartura cream cheese)
- 1/2 tin susu pekat
Bahan D (Hiasan)
- Cheddar cheese (grated)
Kaedah :
* Sebelum mula mengadun, panaskan oven 180°C
1. Campur semua bahan A.
2. Pukul sehingga kembang dan sebati menggunakan mixer.
* Bagi memastikan adunan yang betul-betul sebati, angkat pemukul mixer dan pastikan adunan tidak lagi meleleh ke bawah (no dripping) dan ianya melekat pada pemukul. Adunan juga berwarna agak putih daripada warna asalnya tadi.
3. Masukkan bahan B ke dalam adunan Bahan A tadi.
4. Gunakan teknik kaup balik sehingga adunan bercampur sebati.
5. Setelah itu, sediakan loyang empat segi (saiz 8 inci) / loyang bulat (saiz 9 inci) untuk sekilo kek.
6. Sapukan marjerin ke seluruh bahagian dalam loyang, dan alaskan dengan baking paper ke seluruh permukaan loyang.
7. Masak menggunakan api atas dan bawah selama 40 minit dengan suhu 180°C
* Setelah masak, cucuk bahagian tengah dengan cake tester. Sekiranya tidak melekat, bolehlah ditelangkupkan kek tadi supaya mendapat permukaan atas kek yang lebih rata. Biarkan sehingga sejuk sebelum diletakkan snowy cheese topping. Yummeh...!
8. Untuk penyediaan topping kek, pukul Bahan C sehingga sebati.
* Pastikan tidak terlalu lama dipukul kerana ia akan terlalu cair nanti. Biarkannya likat sikit supaya senang nak diratakan atas kek kita.
9. Seterusnya tuang adunan topping dan ratakan menggunakan spatula ke seluruh permukaan kek termasuk bahagian tepi supaya grated cheese boleh melekat.
10. Parut blok cheese (Bahan D) ke seluruh permukaan kek dengan berhati-hati. Biarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidang.
Boleh try resepi ni ye 😏
Kek rainbow cheezy version saya tu cuma asingkan adunan kepada beberapa warna je. Atas permintaan kanak-kanak riang ni..jadilah 3 warna ye.. pink, hijau dan kuning. Masing-masing tuang berselang-seli ke dalam loyang tu.. Meriahlah sikit kek cheese ni tapi tak dapat nak letak grated cheese, just topping dan deco nama Adib ha.. jadi la kan.. habis kawan-kawan sekolah si kakak Ayla ni makan hihi.. serve kat diorang 2 potong kek je dah cukup.. ibu daddy nya dah sedia gemuk takut nak makan banyak-banyak sekilo kek nihh 😎
 |
Adib dengan kek Rainbow Cheese nya
|
 |
sememeh x kek saya..hihi beginner je baking ni |
Ini profile FB Kak Lin yang buat kelas baking banyak.. very2 to recommend sapa nak join class Kak Lin ni taw. Nak join lagi tapi bila berkelapangan boleh la..
💖 Me, Daddy with my 3 little precious.. Loves 💖